Kesan Google

Kesan Google, juga disebut amnesia digital,[1] ialah kecenderungan untuk melupakan maklumat yang dapat ditemui dengan mudah secara dalam talian dengan menggunakan enjin carian Internet. Menurut penyelidikan pertama mengenai kesan ini, seseorang cenderung tidak mengingati butiran tertentu yang mereka yakin dapat dicapai secara dalam talian. Namun, penyelidikan ini juga mendakwa bahawa kemampuan seseorang untuk mempelajari maklumat secara luar talian tetap sama dan tidak terpengaruh.[2] Kesan ini juga dapat dilihat sebagai perubahan kepada sebarang maklumat dan tahap perinican apa yang dianggap penting untuk diingati.